Sunday, May 2, 2010

Penduduk Kg.Imahit meminta wakil rakyat ADUN dan Parlimen tangani masalah tanah adat mereka.

Oleh: Saraton Kawar


30 April 2010, TENOM: Seramai 100 orang penduduk dari beberapa kampung di sekitar Kemabong sekali lagi berhimpun secara aman di hadapan pejabat daerah di sini pada awal pagi selepas mendengar penangguhan kes perbicaraan mengenai kes tanah adat di kampung tersebut disini pada kelmarin. Perhimpunan secara aman ini bertujuan memberi sokongan padu kepada 6 penduduk Kampung Imahit yang di dakwa menceroboh kawasan Kg. Imahit yang termasuk dalam Hutan Simpan Tomani Kelas Dua.


Kes ini yang terpaksa menggunakan peguambela sebagai alternatif penyelesaian terpaksa ditangguhkan ke tarikh 29hb Jun 2010 oleh kerana peguambela bagi penduduk berkenaan Mr.Ram Singh sedang berada di luar negara atas urusannya dan memohon kes itu agar ditangguhkan dahulu.

Ketidakpuasaan hati penduduk timbul apabila tiba waktu sebutan kes yang dilakukan di mahkamah anak negeri di sini, penduduk berkumpul secara aman dan masing-masing memegang spanduk dengan tulisan"Tanah Emagit warisan kami dan kami akan tetap mempertahankan tanah adat kami" membantah tindakan Jabatan Perhutanan yang dikatakan tidak berperikemanusiaan, menahan sembarang tanpa memberi apa-apa amaran dan notis bertulis untuk diketahui oleh penduduk.

Pengerusi Jawatan kuasa keselamatan kampung (PJKK) En.Balau Rimang 60, berkata "kami tidak mengaku menceroboh kawasan berkenaan, apa yang kami tahu tanah adat itu diwariskan oleh nenek moyang sejak dahulu lagi untuk kami usahakan dalam bidang pertanian, meskipun kami berpindah ke kawasan dekat pekan namun kampung Imahit tetap menjadi tumpuan kami dalam usaha pertanian terutama tanaman padi bukit"
Kami bukannya menceroboh sebagaimana yang dituduh oleh jabatan perhutanan, sebaliknya sebagai orang kampung kami meneroka tanah tersebut untuk menanam padi bukit sebagaimana budaya orang kampung yang bertani secara berpindah rendah, ujarnya.


Pn. Siam Mantang, 70 yang mewakili warga tua pula merayu supaya pihak wakil rakyat Adun dan Parlimen untuk turun padang dan melihat sendiri masalah berat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit.


"kini tiba masanya kami memerlukan campur tangan YB atau wakil rakyat Kemabong dan ahli Parlimen Tenom untuk membantu mengatasi masalah kami. Ini kerana kami yang memilih mereka sebagai pemimpin di kawasan kami dan percaya wakil rakyat yang dipilih rakyat ini mampu mewakili suara kami," katanya.


Perhimpunan aman selama 10 minit adalah atas inisiatif penduduk Kampung Imahit sendiri dan tidak didalangi oleh mana-mana pihak.




Antara penduduk yang berkumpul di perkarangan Pejabat Daerah Tenom seawal 8.30am untuk memberi sokongan kepada 6 penduduk yang sedang dibicarakan.


Perhimpunan aman kali kedua bagi memohon campurtangan Adun dan Parlimen Tenom...penduduk kg.Imahit meminta perhatian serius daripada Kerajaan.



Pendakwaraya dari Jabatan Perhutanan meninggalkan mahkamah selepas perbicaraan ditangguhkan.

Saraton Kawar: Perjuangan yang tulus ikhlas pasti akan diberkati dan pastinya boleh hidup dengan tenang...DUIT boleh dicari dan dipermainkan tapi MARUAH dan HARGA DIRI itu adalah seperti nyawa yang tidak boleh diganti dengan suatu apa pun. fikirkanlah!